Thursday, April 15, 2010

Perbezaan di antara dua terjemahan: Ayat-ayat 22:23-31

Dalam kesempatan kali ini saya hanya mahu mengemukakan 2 set terjemahan untuk kita sama-sama buat perbandingan. Dari kedua-dua terjemahan ini, mari kita sama-sama kongsikan perkara-perkara yang mungkin dapat kita pelajari. Transliterasi juga disediakan. Manalah tahu ia dapat membantu.

Terjemahan pertama disalin dari http://www.iiu.edu.my dan terjemahan kedua pula adalah terjemahan semula oleh saya berasaskan terjemahan Aidid Safar.

Terjemahan iiu.edu.my:

22:23 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22:24 Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

22:25 Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.

22:26 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

22:27 “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

22:28 “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

22:29 “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

22:30 Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -

22:31 (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).

Terjemahan semula oleh saya berasaskan terjemahan Aidid Safar:

22:23 Sesungguhnya Tuhan akan menjadikan mereka yang percaya dan melakukan amalan-amalan baik memasuki taman-taman yang di bawahnya sungai-sungai mengalir, mereka akan diperhiasi di dalamnya dengan rantai-rantai emas dan mutiara dan pakaian mereka di dalam sana adalah sutera.

22:24 Dan mereka adalah yang mendapat petunjuk kepada perkataan-perkataan yang baik dan mereka mendapat petunjuk ke dalam jalan Tuhan Yang Terpuji.

22:25 Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dan mereka menghalang orang lain dari batasan ketetapan-ketetapan yang telah direstui yang telah didedikasikan kepada seluruh manusia supaya dipatuhi bersama-sama – yang sememangnya jelas. Dan sesiapa yang menokok-tambah di dalamnya kejahatan Kami akan pastikan mereka merasai balasannya.

22:26 Dan apabila kami memutuskan kepada Ibrahim tempatnya di dalam sistem, “Kamu tidak boleh menyekutukan Aku dengan apa pun, pastikan sistemKu sentiasa dibersihkan untuk kumpulan-kumpulan orang yang benar dan mereka yang memberi hormat dan merendah diri.

22:27 Dan maklumkan kepada manusia tentang penyelidikan yang telah dikurniakan kepada kamu sebagai seorang individu dan ke atas setiap individu yang bertanggungjawab yang telah dikurniakan dari sumber yang sangat luas;

22:28 Supaya mereka menyaksikan manfaat-manfaat untuk mereka dan supaya mereka mengingati nama Tuhan pada setiap hari di atas apa saja rezeki untuk mereka dari haiwan ternakan.

22:29 Oleh itu makanlah darinya dan beri makan orang-orang yang memerlukan dan miskin. Dan kemudian mereka patut membersihkan kotoran dan menunaikan janji-janji mereka supaya mereka membiasakan diri dengan sistem yang asal.

22:30 Dan sesiapa yang tunduk kepada peringatan Tuhan maka ia lebih baik untuknya di sisi Tuhan. Dan dibenarkan kepada kamu haiwan ternakan kecuali yang telah dibacakan kepada kamu dan hindarilah kekotoran menyembah berhala dan jauhkan diri dari percakapan bohong.

22:31 Berpendirian benarlah terhadap Tuhan dan jangan sekutukan apa pun dengan Dia dan sesiapa yang menyekutukan Tuhan ia adalah seperti dia terjatuh dari tempat yang tinggi dan burung-burung menyambarnya pergi atau angin membawanya ke tempat yang amat jauh.

Transliterasi:

22:23 Inna Allaha yudkhilu allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati jannatin tajree min tahtiha al-anharu yuhallawna feeha min asawira min thahabin walu/lu-an walibasuhum feeha hareerun

22:24 Wahudoo ila alttayyibi mina alqawli wahudoo ila sirati alhameedi

22:25 Inna allatheena kafaroo wayasuddoona AAan sabeeli Allahi waalmasjidi alharami allathee jaAAalnahu lilnnasi sawaan alAAakifu feehi waalbadi waman yurid feehi bi-ilhadin bithulmin nuthiqhu min AAathabin aleemin

22:26 Wa-ith bawwa/na li-ibraheema makana albayti an la tushrik bee shay-an watahhir baytiya liltta-ifeena waalqa-imeena waalrrukkaAAi alssujoodi

22:27 Waaththin fee alnnasi bialhajji ya/tooka rijalan waAAala kulli damirin ya/teena min kulli fajjin AAameeqin

22:28 Liyashhadoo manafiAAa lahum wayathkuroo isma Allahi fee ayyamin maAAloomatin AAala ma razaqahum min baheemati al-anAAami fakuloo minha waatAAimoo alba-isa alfaqeera

22:29 Thumma lyaqdoo tafathahum walyoofoo nuthoorahum walyattawwafoo bialbayti alAAateeqi

22:30 Thalika waman yuAAaththim hurumati Allahi fahuwa khayrun lahu AAinda rabbihi waohillat lakumu al-anAAamu illa ma yutla AAalaykum faijtaniboo alrrijsa mina al-awthani waijtaniboo qawla alzzoori

22:31 Hunafaa lillahi ghayra mushrikeena bihi waman yushrik biAllahi fakaannama kharra mina alssama-i fatakhtafuhu alttayru aw tahwee bihi alrreehu fee makanin saheeqin

Mengapa kita perlu membaca dan memahami Al-Quran?

Hidup kita sebagai Muslim adalah berkenaan dengan perjanjian kita kepada Tuhan dan perjanjian Tuhan kepada kita. Dokumen kontraknya adalah Al-Quran. Jika kita kata kita percaya kepada Al-Quran, maknanya segala isi kandungan Al-Quran secara automatik mengikat kita dalam konteks perjanjian kita dengan Tuhan dan mengikat Tuhan dalam konteks perjanjian Tuhan dengan kita.

Kedua-dua belah pihak, Tuhan dan kita perlu komited kepada perjanjian ini dan semua klausa yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan komitmen-komitmen yang perlu ditunaikan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak.

Apabila kita faham konsep ini, maka kita akan sedar bahawa kitab-kitab lain, selain Al-Kitab langsung tidak relevan dalam perjanjian kita dengan Tuhan – Tuhan dengan kita. Kita hanya perlu komited terhadap komitmen-komitmen yang telah diwahyukan kepada kita melalui Al-Quran.

Ia seperti kita mempersetujui perjanjian kontrak yang biasa juga, misalnya perjanjian kontrak dalam perniagaan. Sebaik saja persetujuan dicapai, kedua-dua belah pihak perlu mengisytiharkan persetujuan mereka dan dalam konteks perjanjian sesama manusia seperti itu, ia disahkan melalui tandatangan, cap jari dan sebagainya.

Kemudian kedua-dua pihak perlu komited ke arah mencapai matlamat perjanjian mereka. Dan komitmen-komitmen mereka adalah segala perincian, terma, syarat dan semua klausa yang terkandung di dalam dokumen perjanjian berkenaan. Dokumen-dokumen lain tidak relevan kepada perjanjian kontrak mereka.

Oleh kerana Al-Quran menggariskan semua komitmen yang perlu kita tunaikan kepada Tuhan maka sudah tentulah kita perlu membaca dan memahaminya, satu persatu. Secara common sense, ia adalah perkara pertama yang kita perlu lakukan sebaik saja kita masuk ke dalam perjanjian ini.

Dan kita juga perlu melakukannya sendiri sebab perjanjian kita dengan Tuhan adalah satu perjanjian peribadi di antara kita dan Pencipta kita. Kita tidak boleh bergantung kepada tafsiran orang lain. Mereka mungkin tidak ada niat untuk mematuhi perjanjian mereka sebagaimana kita.

Sebagai penutup kepada artikel pendek ini, jika anda masih belum faham apakah pada dasarnya komitmen-komitmen yang perlu kita tunaikan sebagaimana terkandung di dalam dokumen perjanjian kita dengan Tuhan, iaitu Al-Quran, ia adalah tentang mematuhi cara atau jalan hidup yang telah Tuhan tetapkan kepada kita.

Dan apakah pula komitmen Tuhan kepada kita? Komitmen Tuhan adalah untuk memberi balasan yang adil kepada setiap perbuatan kita. Yang baik walaupun hanya seberat atom akan diberi ganjaran baik dan yang buruk walaupun hanya seberat atom akan di beri balasan buruk. Itulah janji atau komitmen Tuhan kepada kita.

Berita baiknya adalah Tuhan kata, kalau kita ikut Al-Quran kita pasti akan selamat. Mudah saja, kan? Jadi mari kita sama-sama mula membaca dan memahami Al-Quran sebagaimana sepatutnya.

petikan : http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/10/mengapa-kita-perlu-membaca-dan-memahami-al-quran/

Adab Belajar Mengikut Imam Al-Ghazali

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu

13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


Elakkan makan makanan
1. Jajan
2. Air atau makanan ada semut padanya
3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4. Makanan yang masam seperti jeruk
5. Otak ikan
6. Makanan yang berajinomoto
7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n

Kerap makan makanan
1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sekali
2. Air kacang soya sekali sehari
3. 2 biji kurma
4. 3 biji kacang pistachios sehari