Friday, August 24, 2007

PETUA NENEK MOYANG - SIRI KE-2

Petua Awet Muda
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Awet Muda (Urutan wajah)
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan

Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.

Menyah Bau Ketiak
Untuk mengelak ketiak berbau tengik , ketika mandi sapukan ketiak dengan kepala lutut beberapa kali. Amalkan setiap hari.

Menghindari Penyakit
Petua 1 : Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain menghindarkan penyakit ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Petua 2 : Menahan nafas ketika minum juga dapat mengekalkan kesihatan badan.

Mata Terkena Cili
Petua 1 : Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu. Selamat mencuba

Petua 2 : Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.

Petua 3: Gosokkan dengan hujung rambut.

Memudahkan Segala Urusan
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. Baca dengan niat yang ikhlas.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling.Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Penawar Ilmu Pukau
Peliharalah seekor ikan puyu di dalam rumah, banyak khasiatnya. Namun kepada Allah jua kita berserah.

Penawar Pengsan
Ambillah segelas air dan baca "Ayat Kursi" sebanyak 11 kali. Sapu air tersebut ke muka, kepala dan badannya lalu ditiupkan pada telinganya sambil menyebut namanya. Buatlah dgn tenang dan penuh sabar. InsyaAllah, dia akan sedar dari pengsannya.

Petua Pelembut Hati
Bacalah ayat 200 surah Al-Imran dan ditiupkan pada muka anak-anak atau dalam air untuk di beri minum pada anak-anak, supaya mereka lembut hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah di baca sendiri oleh ibu/bapa, tak perlu mintak air jampi pada tok bomoh/pawang. Amalkan setiap hari. Elok juga di baca 3 kali atau lebih, dan di tiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum mereka tidur setiap hari.

Supaya Tidak Panas Memakan Durian
Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa durian dan minum.

Masakan Termasin
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian, basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutupkan semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.

Tumbesaran Anak Cepat
Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah ialah memasukkan sebatang sudu besi ke dalamnya. Biarakn seketika. Air panas ini akan cepat sejuk.

Memasak Nasi Yang Mentah
Isi air dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api sehingga nasi masak.

No comments: