Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghindari Penyakit Kulit
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.
Masukkan air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.
Sumpahan Ular dan Lipan
Apabila kita terjumpa ular jangan kita sebut ular sebaliknya panggillah "Akar Rotan". Bila jumpa lipan pula, jangan dipanggil lipan sebaliknya "Tukang Lauk". Dengan panggilan tersebut, kedua-dua binatang itu menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya.
Sihat Zahir Batin Selepas Bersalin
Mengikut cara org tua-tua, semasa dalam pantang jangan sekali-kali tidur terlentang kerana takut kesihatan zahir batin terganggu. Sebaliknya, semasa dalam pantang hendaklah tidur bersandarkan bantal dan jangan makan makanan yg berminyak. Selepas pantang kelak, anda akan kelihatan segar dan berseri dengan mengamalkan petua ini.
Minuman Dimasuki Lalat
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum.
(Intipati dari hadis)
Petua Memotong Kuku
Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Mengetahui Jantina Anak dalam Kandungan
Perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih berseri berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. Segalanya dengan izin Allah.
Naikkan Seri Wajah
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
Petua Mengasah Pisau /Senjata
Jangan diasah senjata seperti parang dan pisau sewaktu perut terlalu kenyang. Semasa mengasahnya, mata hujungnya jangan dihalakan ke badan kita. InsyaAllah selamat.
Mengelak Badan Lemah
Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah.
Mencari Atau Mengingati Sesuatu Benda Yang Terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.
Petua Awet Muda dari Ustaz Ismail Kamus
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam - sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yg baik dan niat kerana Allah.
Menghilangkan Rasa Pening Kepala
Setiap kali mandi, anda haruslah mengambil air dari hujung rambut anda. Ambil air tersebut sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat ke atas nabi. InsyaAllah, sekiranya petua ini diamalkan anda akan merasai perubahannya.
Petua Menyarung Kain Batik
Mungkin anda tidak terfikir bahawa cara menyarung pakaian juga mempengaruhi seri wajah seseorang. Satu petua orang tua-tua yang boleh diamalkan ialah ketika menyarung kain batik, jangan sesekali menyarungnya dari kepala ke bawah. Sebaliknya sarunglah kain batik bermula dari kaki. InsyaAllah seri muka tidak hilang.
Untuk Senang Tidur Malam
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba petua ini. Jika dapat, biarkan kita tidur dalam keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya. Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran. Sebelum tidur pula,ambil lemon dan belah dua. Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala kepala. Insyaallah, boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.
PETIKAN DARIPADA LAMAN WEB : http://www.geocities.com/azdriana9/petua4.htm
No comments:
Post a Comment