Pra Syarat Sebagai Pelajar
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
i. | Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak. |
| ii. | Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik. |
| iii. | Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin. |
| iv. | Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja. |
| v. | Rakan sekelas adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang. |
| vi. | Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu kerana masa penantian yang panjang. |



No comments:
Post a Comment