Saturday, September 8, 2007

Bagaimana caranya hendak Menghasilkan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran :- BAHAGIAN 2

Instrumen/alat Untuk Mengenalpasti Masalah/Isu 1.

Temubual
Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:

  • rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama
  • ketua panitia mata pelajaran
  • pelajar/ murid
  • ibu bapa
  • pentadbir

1.1 Temubual Berstruktur


Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat menyoal secara sistematik.


Contoh 1

Temubual dengan rakan sekerja dalam bidang yang sama
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang cara guru Bahasa Inggeris membetulkan kesilapan ejaan murid.

  • Adakah anda membetulkan semua kesilapan ejaan murid?
  • Adakah anda pernah mendenda murid yang membuat kesilapan ejaan?
  • Jika ada, apakah denda yang anda gunakan?
  • Siapakah murid yang selalu didenda?


Contoh 2

Temubual dengan murid

Berdasarkan satu situasi di bilik darjah dalam mata pelajaran matematik untuk mendapatkan maklumat bagi memulakan Kajian Tindakan tentang tajuk Set

  • Adakah kamu suka tajuk Set?
  • Apa masalah awak dalam tajuk Set?
  • Apa cadangan awak supaya awak boleh jawab soalan Set dengan berjaya?

Sumber : Sharifah binti Ahmad, SMK Gelang Patah, Johor Bahru. Johor

1.2 Temubual Tidak Berstruktur


Soaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Contoh

Temubual dengan murid

  • Adakah apa-apa yang kamu hendak beritahu cikgu?
  • Mengapa kamu rasa begitu?
  • Apakah pandangan atau pendapat kamu?

2 Ujian Kertas Pensil / Bertulis


Ujian kertas pensil / bertulis boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai sumber.
Contohnya:

  • ujian bulanan
  • ujian percubaan
  • ujian tahunan
  • ujian semester

3 Soal Selidik


Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang dibentuk mesti memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti. Hasil soal selidik yang memberi fokus kepada item-item dalam sub-topik boleh dijadikan indikator dalam menentukan fokus terhadap masalah/ isu.


Terdapat beberapa jenis soalan dalam soal selidik :


1. Dichotomous - bertujuan untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2 pilihan yang diberi.


Contoh

Adakah anda suka belajar pecahan?

Ya

Tidak

Belajar pecahan memerlukan perkiraan

Benar

Salah

2. Likert scale - bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian / persepsi / persetujuan sampel.
Skala jawapan: 3-poin/4-poin/5-poin/7-poin

Contoh 1

Berdasarkan tahap kognitif sampel:

  • Tingkat Persetujuan
    1=Sangat Tidak Setuju
    2=Kurang Setuju
    3=Bersetuju
    4=Sangat Bersetuju
  • Tingkat Keberkesanan
  • Tingkat Faedah
  • Tingkat Kekerapan
  • Tingkat Kefahaman

Contoh soalan skala 4-poin

Sejauh manakah anda ................................

Kenyataan

Skala

...............................

1

2

3

4

Contoh 2

Tingkat Kekerapan
Borang Kajian Emosi Pelajar

Arahan: Sila bulatkan nombor yang mengambarkan kekerapan anda mengalami perasaan yang dinyatakan semasa menjalankan eksperimen Sains.

.

Sangat Kerap

Kerap

Agak Kerap

Jarang

Jarang Sekali

5

4

3

2

1

1.

Tenang

.

.

.

.

.

2.

Was-was

.

.

.

.

.

3.

Terpaksa

.

.

.

.

.

4.

Keliru

.

.

.

.

.

5.

Berminat

.

.

.

.

.

6.

Ingin Mencuba

.

.

.

.

.

7.

Takut

.

.

.

.

.

8.

Yakin

.

.

.

.

.

9.

Berani

.

.

.

.

.

10.

Malas

.

.

.

.

.

Sumber:
Guru-guru. (1998). SMK Tanah Merah, Pendang, Kedah

3. Rank Order - bertujuan untuk mendapatkan penilaian sample kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunkan beberapa item yang mempunyai ciri-ciri yang sama (mutually exclusive) mengikut keutamaan
Contoh

Nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, Nombor 2 menunjukkan kedua tertinggi dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah tingkat keutamaannya.

Contoh:
Berikan penilaian anda ……. mengikut keutamaannya……

Syarahan

.

Latih Tubi

.

Lakonan

.

Lawatan

.

4. Soalan Terbuka (Open-Ended) - bertujuan untuk mendapatkan pendapat sample dengan menulis sendiri pendapatnya.

Contoh

1. Tuliskan 2 perkara penting yang kamu telah pelajari dalam mata pelajaran Matematik bagi tempoh dua bulan yang lepas
.………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………….

. 2. Berikan cadangan kamu bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas kamu.

……………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………..

5. Inventori Kendiri


Soalan inventori kendiri boleh dibentuk oleh penyelidik untuk memahami masalah yang wujud dalam bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
Contoh

.

.

Always True of Me

Often True of Me

Sometime True of Me

Rarely or Never True of me

1.

I can tell when a musical note is off-key

.

.

.

.

2.

I have no trouble reading maps

.

.

.

.

3.

I am a good dancer

.

.

.

.

4.

I can easily do practical mathematical operations in my head

.

.

.

.

5.

I am very sensitive to other peoples' feelings.

.

.

.

.

6.

........................

.

.

.

.

7.

........................

.

.

.

.

8.

........................

.

.

.

.

9.

........................

.

.

.

.

10.

........................

.

.

.

.

Sumber:
McGrath,H. & Noble, T. (1999) Seven Ways at Once Book 1, Addison Wesley Longman.

6. Borang Pemerhatian


Borang pemerhatian dibentuk bagi meneliti situasi/kejadian serta memikirkannya secara kritikal.

Contoh

Jadual : Tingkahlaku Pelajar Semasa Intervensi Dilaksanakan

...

Aktiviti

Tingkahlaku Pelajar

Kekerapan

1.

Memperkenalkan Set dan konsep rajah Venn sebagai sebuah padang bola

Ketawa

.

2.

Analogi U nC, A' dan n

Tumpukan perhatian.
Ternanti-nanti 'surprise' yang bakal diutarakan

.

3.

Soal jawab lisan

Suka menjawab beramai-ramai

.

4.

Contoh soalan melibatkan gambarajah Venn

Tekun mendengar

.

5.

Latihan melibatkan gambarajah Venn

Suka tanya rakan

.

6.

Penerangan soalan berbentuk ayat

Ramai tidak faham istilah digit dan nombor perdana

.

7.

Latihan melibatkan ayat

Selalu bertanya guru maksud soalan

.


Sumber:
Sharifah bt.Ahmad (1998). SMK Gelang Patah, Johor Bharu, Johor

7. Catatan Harian Rancangan Mengajar Guru

  • jurnal refleksi guru/ pelajar
  • diari guru/ pelajar
  • memo arahan kerja

Contoh

Refleksi Pedagogi Dalam Tinjauan Awal (Format yang digunakan ialah Refleksi Grid)

.Refleksi

.Cadangan Tindakan

Teknik dapat tarik perhatian pelajar lemah

Tajuk-tajuk lain dikaitkan dengan minat pelajar

Pelajar diberi peluang berkomunikasi antara satu sama lain

Mesti peruntukan masa pelajar melahirkan secara lisan apa yang telah diajar.

Tanamkan sikap jangan malu untuk menjawab walaupun mungkin salah

Membuat borang semakan mengenai kekerapan pelajar berani menjawab secara individu

Saya mesti lebih sistematik dalam penerangan konsep digit dan nombor

Guna kapur yang berwarna-warni semasa penerangan

Galakkan 'peer tutoring' di kalangan pelajar

Wujudkan struktur untuk kerja berpasangan /kumpulan

Contoh-contoh lain harus didedahkan

Adakan lembaran kerja berkaitan latihan ini

Syarat-syarat terhadap digit perlu ditekan

Membuat analisis soalan SPM 93-97 berkaitan bentuk soalan ini.

No comments: