Wednesday, September 12, 2007

Erti Ramadhan bagi Umat Islam

Ramadhan 1428 H telah menjelma di hati umat Islam samada di Malaysia ataupun seluruh dunia. Bagi orang yang kaya berpuasa bagi mereka ialah mengikut cara mereka manakala orang yang sederhana dengan cara sederhana tetapi bagi yang faqir miskin berpuasa mereka tidak sama dengan orang yang kaya atau yang sederhana. Tatkala umat Islam di Malaysia sedang bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak terdetik di hati kita bagaimanakah gayanya orang faqir dan miskin di Malaysia ini berpuasa. Adakah mereka itu dapat bersahur ke atau bagaimana dengan lauk-pauk untuk mereka berbuka puasa adakah dengan ayam percik, ayam golek, air soya dan sebagaimananya sepertimana juadahjuadah yang kita lihat di bazaar Ramadhan.

Itulah gayanya berpuasa di malaysia. Belum lagi kita melihat dengan lebih jauh lagi keadaan puasa saudara satu syahadah dengan kita yang sama-sama bertuhankan Allah yang maha Esa tetapi nasib mereka tidak sama. Sewaktu kita semua dapat berbuka puasa mereka sibuk untuk mencari tempat perlindungan daripada menjadi mangsa serangan luar. Kita di Malaysia tidak merasa itu semua kerana alhamdulillah kita semua mendapat perlindungan dari Allah taala tetapi apa salahnya jika kita diam dan berfikir sejenak bagaimanakah keadaan saudara kita yang lain.

Rasulullah pernah bersabda pada 1420-an tahun yang lepas bahawa “ Tidak sempurna iman seseorang jika tidak mengasihi saudaranya yang lain seperti mengasihi dirinya sendiri “ hadis ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah orang yang mengambil berat dengan isu – isu sensitiviti umat Islam yang lain.

No comments: