Saturday, September 8, 2007

bahagian akhir : Cara membina kajian tindakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Fokus

Menentukan Fokus Kajian

Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan penyataan masalah yang sebenar. Bermula dari sini satu fokus kajian dapat dikemukakan atau dapat dijadikan titik mula Kajian Tindakan.

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam menentukan fokus kajian:
· Masalah/isu itu perlu tindakan segera
· Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada pengkaji?
· Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada murid/pelajar?
· Siapa yang berminat untuk membantu dalam kajian tersebut?
· Penumpuan kepada satu bahagian yang penting.
· Peluang untuk mendalami masalah/isu tersebut.

Contoh

Rumusan Analisis Data
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada analisis itu ialah pencapaian murid dalam menguasai Kemahiran Proses Sains - inferens adalah rendah. Kelemahan itu merangkumi kegagalan murid mengaitkan maksud inferens sebenar mengikut kehendak soalan Berdasarkan pandangan yang diterima daripada murid, didapati amalan pengajaran guru vang kurang mendedahkan mereka dengan kepelbagaian bentuk soalan telah mengekalkan prestasi rendah di kalangan murid.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima tersebut, langkah pengajaran yang seharusnya diutamakan ialah membantu murid menguasai sepenuhnya maksud inferens yang mudah difahami dan penggunaannya mengikut kehendak soalan. Di samping itu pendedahan yang lebih terhadap istilah-istilah Sains perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan murid dengan lebih banyak soalan yang agak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.

Fokus Kajian
Kajian ini difokuskan kepada penguasaan murid terhadap Kemahiran Proses Sains - inferens melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang.

Sumber: SK Felda Jerangau Barat, Ajil, Terengganu.

No comments: