Saturday, September 8, 2007

Bagaimana caranya hendak Menghasilkan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran :- BAHAGIAN 1



a) Objektif

  • Mengetahui cara bagi mengenalpasti masalah/isu pada peringkat tinjauan awal
  • Mengetahui instrumen yang digunakan pada peringkat tinjauan awal
  • Mengetahui cara bagi menganalisis data di peringkat tinjauan awal
  • Menentukan fokus kajian
  • Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini
b) Langkah - langkah Kajian Tindakan :

1) Kenalpasti



Pengenalan

Sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau diambil tindakan,
langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenalpasti masalah/isu pada peringkat tinjauan awal. Ini bertujuan bagi menentukan fokus kajian. Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan tindakan.
  • Mengenalpasti Masalah/Isu
    Kajian Tindakan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah/isu (keprihatinan). Masalah/isu dalam konteks sekolah boleh timbul dalam mana-mana aspek:

    ·
    Pengajaran dan pembelajaran
    · Panitia mata pelajaran
    · Pentadbiran
    · Disiplin
    · Kokurikulum
    · Ibu bapa/penjaga

    Masalah/isu ini boleh digambarkan melalui beberapa persoalan seperti: ·

    ·
    Apakah yang sedang berlaku? ·
    · Bagaimana masalah/isu itu boleh wujud?
    · Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubah situasi/keadaan berkenaan?
    · Saya ingin memperbaiki ………………….
    · Apakah yang merupakan punca masalah/isu?
    · Saya mempunyai idea baru dan ingin mencubanya.

    Apabila anda mulai bertanya persoalan-persoalan ini dan menggambarkan idea tertentu, kegiatan ini merupakan tanda permulaan anda berminat atau berprihatin dan ingin mencari jalan untuk memahami masalah/isu berkenaan serta apa tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah/isu tersebut.
  • Garis Panduan Mengenalpasti Masalah/Isu:
    1. Hanya melibatkan persoalan yang boleh diambil tindakan oleh pengkaji seperti sebagai guru mata pelajaran, guru panitia mata pelajaran, guru kelas, Guru Besar, Pengetua, guru disiplin dan sebagainya.
    Contoh
  • Saya ingin meningkatkan penguasaan kemahiran matematik dalam tajuk set di kalangan pelajar Tingkatan 4.
    Sumber:
    Guru-guru. (1998). SMK Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
  • Kami hendak meningkatkan kemahiran membuat peta minda dalam mata pelajaran Sains di kalangan pelajar Tingkatan 4 Bestari.
    Sumber: Guru-guru. (1998). SMK Tanah Merah, Pendang, Kedah.
  • Saya ingin meningkatkan kemahiran proses sains bagi membuat inferens dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5.
    Sumber: Guru-guru. (1999). SK Felda Jerangau Barat, Ajil, Trengganu


  • 2. Menghadkan kajian kepada persoalan yang kecil. Ini bermakna bagi sesuatu mata pelajaran, hanya topik tertentu sahaja yang dikaji.
    Contoh 1:
  • Bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan 4, topik Set menjadi masalah utama bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4.
    Contoh 2:
  • Bagi mata pelajaran Sains Tahun 5, topik inferens menjadi masalah utama di kalangan murid Tahun 5 Bestari.

    3. Pilih persoalan yang penting bagi pelajar dan pengkaji. Biasanya pengkaji mempunyai banyak persoalan yang timbul. Bagi menjalankan Kajian Tindakan pengkaji perlu memilih persoalan yang paling penting atau memberi keutamaan berdasarkan persoalan mana yang perlu didahului.
    Contoh:
  • Saya mendapati murid-murid saya lemah dalam mata pelajaran Matematik, topik topik manakah yang saya perlu kaji dahulu? Adakah campur, tolak, bahagi, darab ataupun pecahan? Bagi menguasai pecahan, murid-murid perlu menguasai campur, tolak, bahagi dan darab. Ini bermakna saya perlu memilih kemahiran asas dahulu sebelum mengajar kemahiran lain.

    4. Sebaik-baiknya kajian itu boleh atau dapat dilakukan secara kolaboratif iaitu menjalankan kajian secara usahasama, pasukan, mempunyai hubungan dua hala antara pengkaji dengan rakan sekerja yang lain.

    Contoh:
  • Bagi guru Sains, boleh menjalankan Kajian Tindakan dengan melibatkan guru-guru Sains yang lain yang terdapat dalam panitia mata pelajaran Sains. Dalam panitia mata pelajaran Sains, boleh dibahagikan kepada kumpulan guru Biologi, kumpulan guru Fizik dan kumpulan guru Kimia, yangmana masing-masing mempunyai masalah/isu yang boleh dikaji secara kolaboratif.




No comments: